MENANAM SAYURAN
3.6 Mengenalpasti alatan dan bahan untuk menjaga tanaman
Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat:
3.6.1 Menyenaraikan alatan
untuk menjaga
tanaman iaitu alat penyiraman dan alat
kawalan perosak.
3.6.2 Menyenaraikan bahan untuk
menjaga
tanaman iaitu bahan sungkupan dan
racun makhluk perosak.
.......................................................................................................................................
PENJAGAAN TANAMAN
1. Siraman
2. Sungkupan
3. Penjarangan
4.Merumput
5. Menggembur
6. Membaja
7. Meracun
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Penjagaan tanaman.
1. Siraman
Penyiraman ialah satu
proses pembekalan air / aplikasi atau
pengaliran kepada tanah untuk keperluan tumbesaran tanaman dan seterusnya dapat
meninggikan kualiti dan hasil tanaman .
Antara cara menyiram yang dijalankan adalah:
1.1 Siraman tradisi menggunakan tong penyiram
1.2 Pengairan titis ( fertigasi) -secara automatik atau manual
1.3 Siraman sebaran luas - menggunakan "sprinkler" -secara automatik atau manual
2. Sungkupan
Sungkupan penting bagi mengawal kelangsungan cahaya matahari yang boleh menyebabkan anak pokok baru menjadi layu, kekeringan dan mati. Di samping itu, sungkupan boleh:
a. Mengekalkan kelembapan tanah
b. merendahkan suhu tanah
c. mengelakkan hakisan tanah dan larian biji benih
d. mengawal pertumbuhan rumput
e. mengelakkan penyakit bawaan tanah
Terdapat beberapa jenis sungkupan iaitu:
2.1 Sungkupan tradisional- menggunakan daun kelapa, daun kelapa sawit, daun padi atau buluh yang disisip dengan bentuk tersendiri
2.2 Sungkupan moden- seperti jaring hitam, jaring bawang (warna merah), atas telus cahaya , jaring
3. Penjarangan
Penjarangan bertujuan agar dapat:
a. menghasilkan kualiti pokok yang baik
b. tumbesaran yang lebih sekata kerana kandungan nutrien lebih banyak
c. mengatasi masalah perebutan mendapatkan cahaya, air dan nutrien
4. Menggembur
Menggembur bertujuan untuk melonggarkan tanah agar struktur tanah mempunyai ruang untuk pergerakan air, pertumbuhan dan penyebaran akar serta memudahkan anak benih menyusur ke permukaan tanah.
Aktiviti menggembur dilakukan ketika:
a. Sebelum menanam- Selepas membajak tanah atau batas menggunakan mesin bajak atau cangkul.
b. Selepas menanam - menggunkan serampang bagi menggembur tanah keliling anak pokok
5. Membaja
Bagi menambah nutrien dalam tanah, baja digunakan terutama di kawasan penanaman semula serta bagi membaiki struktur tanah.
Terdapat pelbagai jenis baja mengikut masa iaitu:
a. Sebelum menanam anak benih
b. Semasa menanam anak benih
c. Setelah menanam anak benih
a) Baja Organik
Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput. Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya, humas/kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya.
b) Baja Kimia
Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair.
Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur.
Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya.
Baja kimia jenis butiran pula terdapat dalam 2 jenis:
1. Baja butiran kompaun (compound fertilizer)
2. Baja tunggal. (single dressing fertilizer)
Baja kompaun.
Baja yang telah diproses lengkap dengan pelbagai unsur.
Seperti NPK 15:15:15 & NPK 12:12:17+2 TE
Baja tunggal.
Baja yang punyai satu jenis unsur sahaja.
Seperti Urea (N), TSP- Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O)
Baja Air / Larutan
Baja A dan B- digunakan bagi pertanian hidroponik, fertigasi dan kebun bandar atau tanaman berskala kecil di tepi rumah.

TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN
| |
NUTRIEN
|
TANDA KEKURANGAN
|
Nitrogen (N)
|
Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan. Urat-urat daun juga menjadi kuning.
|
Fosforus (P)
|
Saiz daun lebih kecil.
|
Kalium (K)
|
Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua. Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.
|
Kalsium (Ca)
|
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.
|
Magnesium (Mg)
|
Kekuningan
pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun
dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau.
Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.
|
Sulfur (S)
|
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas
|
Ferum (Fe)
|
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas.
|
Mangan (Mn)
|
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.
|
Kuprum (Cu)
|
Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.
|
Ehsan daripada http://puspatani.blogspot.my/2011/03/info-pembajaan.html
7. Meracun
Serangga merupakan musuh utama bagi penanaman sayuran
Serangga merupakan musuh utama bagi penanaman sayuran
A. Serangga Jenis Mengunyah
1. Kumbang
2. Belalang
3. Kupu-Kupu
4. Ulat Bulu
5. Siput
6. Lintah Bulan
B.Serangga Jenis Menghisap (Pembawa virus dan penyakit)
6. Scale inscets
( Ehsan daripada : http://alamtanimoden.blogspot.my/2014/12/jenis-jenis-serangga-perosak-tanaman.html)
Penyemburan racun
2. Rutin Penyemburan
Rutin penyemburan juga perlu berjadual. serta perlu dipatuhi supaya menghindarkan kehadiran musuh-musuh tanaman sayuran. Amalkan menyembur sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, dan jadualkan pada hujung minggu. Namun, paling baik, 2 kali seminggu.
3. Teknik Menyembur
Aktiviti menyembur ini memerlukan teknik yang betul agar bahan kawalan yang kita gunakan sentiasa pada tahap berkesan dan tidak membazir. Semburan yang menyeluruh iaitu dengan menyembur atas dan bawah daun.
JANGAN menyembur dengan menentang angin.
PAKAI topeng muka, pelindung mata dan sarung tangan
4. Waktu Menyembur
1. Alatan Menyembur
Untuk menyembur racun serangga/kulat, nozzle yang perlu digunakan mestilah mengeluarkan kabus semburan yang halus. Ini akan memberi kesan yang menyeluruh pada permukaan yang disembur.2. Rutin Penyemburan
Rutin penyemburan juga perlu berjadual. serta perlu dipatuhi supaya menghindarkan kehadiran musuh-musuh tanaman sayuran. Amalkan menyembur sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, dan jadualkan pada hujung minggu. Namun, paling baik, 2 kali seminggu.
3. Teknik Menyembur
Aktiviti menyembur ini memerlukan teknik yang betul agar bahan kawalan yang kita gunakan sentiasa pada tahap berkesan dan tidak membazir. Semburan yang menyeluruh iaitu dengan menyembur atas dan bawah daun.
JANGAN menyembur dengan menentang angin.
PAKAI topeng muka, pelindung mata dan sarung tangan
4. Waktu Menyembur
Waktu semburan yang baik adalah waktu senja kerana serangga aktif pada waktu senja dan malam.
Keadaan cuaca yang baik pada waktu petang dan tidak terlalu panas
Contoh racun serangga:
i. ubat semut
ii. umpan siput
(pelet)
iii. score, sicore, difcore
(racun
kulat)
No comments:
Post a Comment