MENGIRA KOS PENGELUARAN HASIL TUAIAN
Pada akhir pelajaran, pelajar akan berupaya:
3.13.1 Menyatakan TIGA jenis kos untuk mendapatkan KOS PENGELUARAN.
3.13.2 Menerangkan pengiraan kos tersebut
3.13.3 Mengira kos dan membuat anggaran kos
-----------------------------------------------------------------------------------------
PENGIRAAN KOS PENGELUARAN
Terdapat 3 kos yang perlu diambil kira dalam pengiraan anggaran kos serta
menentukan untung rugi ATAU untuk mendapatkan JUMLAH KOS PENGELUARAN atau Jumlah perbelanjaan sesuatu projek.
1. Kos Bahan
Perbelanjaan untuk membeli bahan mentah seperti benih,baja dan racun)
2. Kos Upah
Perbelanjaan membayar upah atau gaji pekerja mengikut bilangan pekerja, bilangan hari atau jam bekerja
Perbelanjaan kos air, elektrik, atau minyak.
====>
PPKI SMK TAMAN UNIVERSITI,JOHOR BAHRU
PROJEK TANAMAN JAGUNG
PENGIRAAN KOS PENGELUARAN
1. Mengira Kos Bahan
TAMBAH semua kos bahan
...............................................KOS BAHAN...................................................
Bahan Kuantiti Kos seunit (RM) Jumlah (RM)
Benih jagung 1 tin 40.00 40.00
Baja tinja ayam 10 beg 30.00 300.00
Kapur (10 kil0) 3 beg 22.00 66.00
Racun rumput 1 botol 50.00 50.00
Racun serangga 1 botol 35.00 35.00
JUMLAH KOS BAHAN 491.00
2. Mengira kos upah
KOS UPAH= Jumlah pekerja x hari x kadar bayaran sehari
KOS UPAH = 2 pekerja X 10 hari x RM 10.00 sehari
JUMLAH KOS UPAH= RM 200.00
3. Mengira Kos Overhead
Perkara Jumlah (RM)
Bil air 25.00
Bil elektrik 15.00
Sewa jengkaut(JCB) 100.00 sehari
JUMLAH KOS OVERHEAD= 140.00
JUMLAH KOS PENGELUARAN= kos bahan + kos upah + kos overhead
= RM 491.00 + RM 200 + RM 140.00
JUMLAH KOS PENGELUARAN= RM 831.00
Oleh yang demikian, KOS PENGELUARAN bagi projek tanaman jagung ini ialah RM 831.00
No comments:
Post a Comment