Friday 31 March 2017

4.0 TANAMAN HIASAN 4.1 (2) KUMPULAN TANAMAN HIASAN


KUMPULAN TANAMAN HIASAN

Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat:

4.1 Menamakan tumbuhan mengikut kumpulan tanaman

..........................................................................................................................
KUMPULAN TANAMAN HIASAN

1. Tumbuhan renek
2. Penutup bumi
3. Rumput turf
4. Tanaman semusim
5.Anggerik
6. Tumbuhan di air
7. Tumbuhan memanjat dan menjalar
8. Kaktus
9. Lendair
10.Palma
11. Naungan
12. Paku pakis

..........................................................................................................................

1. TUMBUHAN RENEK

    Merupakan pokok yang berbatang kayu dan mempunyai banyak cabang. Pohon jenis
    ini rendah dan hingga 5 meter tinggi.Biasanya, pokok renek dijadikan pagar kawasan,
    pemisah sempadan, penanda kawasan dan penghias jalan.

          Terdapat 3 jenis tumbuhan renek iaitu:
           1.1  Renek berdaun warna seperti puding dan ekor kucing
           1.2  Renek berbunga seperti bunga kertas dan buta-buta
           1.3  Renek  pagaran seperti pokok daun teh, jarak biola  dan "durantha sp".


pokok buta-buta

Pokok ekor kucing

Pokok jarak biola

pokok jejuang

pokok bunga mawar

pokok pagaran

pokok puding

2. PENUTUP BUMI

TANAMAN PENUTUP BUMI meningkatkan sifat kelestarian agroekosistem dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti ekosistem semulajadi sekitarnya.Tanaman ini dapat menhalang kejadian hakisan dan menambahkan nutrien dalam tanah. Tumbuhan ini  membiak menggunakan
sulur permukaan tanah ,sulur bawah tanah dan menjalar.

     Antara tanaman tutup bumi yang terkenal iailah:
     2.1 Kekacang Pinthoi / Arachis pintoi
     2.2 Kekacang Calopoconium
     2.2 Ros Jepun /Wedelia sp
     2.4 Daun besi /metal leaf

Aracis Pintoi

Kekacang Calopogonium



3. RUMPUT TURF

 Rumput turf merupakan tanaman hiasan yang menghiasi halaman rumah, tepi jalan, bangunan kerajaan, padang golf dan taman bunga.
    
Terdapat pelbagai jenis rumput iaitu rumput lembu (cow grass), rumput mutiara (pearl grass), rumput Filipina (Phillipine grass) serta rumput permaidani/golf (carpet grass). Rumput jenis ini sesuai dengan iklim tempatan dan mudah hidup serta membiak jika dijaga dengan baik (siram, baja dan potong).



TANAMAN SEMUSIM







Ehsan: http://kasihalam90.blogspot.my/2012_04_01_archive.html








No comments:

Post a Comment