Friday 31 March 2017

4.0 TANAMAN HIASAN 4.1 (2) KUMPULAN TANAMAN HIASAN


KUMPULAN TANAMAN HIASAN

Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat:

4.1 Menamakan tumbuhan mengikut kumpulan tanaman

..........................................................................................................................
KUMPULAN TANAMAN HIASAN

1. Tumbuhan renek
2. Penutup bumi
3. Rumput turf
4. Tanaman semusim
5.Anggerik
6. Tumbuhan di air
7. Tumbuhan memanjat dan menjalar
8. Kaktus
9. Lendair
10.Palma
11. Naungan
12. Paku pakis

..........................................................................................................................

1. TUMBUHAN RENEK

    Merupakan pokok yang berbatang kayu dan mempunyai banyak cabang. Pohon jenis
    ini rendah dan hingga 5 meter tinggi.Biasanya, pokok renek dijadikan pagar kawasan,
    pemisah sempadan, penanda kawasan dan penghias jalan.

          Terdapat 3 jenis tumbuhan renek iaitu:
           1.1  Renek berdaun warna seperti puding dan ekor kucing
           1.2  Renek berbunga seperti bunga kertas dan buta-buta
           1.3  Renek  pagaran seperti pokok daun teh, jarak biola  dan "durantha sp".


pokok buta-buta

Pokok ekor kucing

Pokok jarak biola

pokok jejuang

pokok bunga mawar

pokok pagaran

pokok puding

2. PENUTUP BUMI

TANAMAN PENUTUP BUMI meningkatkan sifat kelestarian agroekosistem dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti ekosistem semulajadi sekitarnya.Tanaman ini dapat menhalang kejadian hakisan dan menambahkan nutrien dalam tanah. Tumbuhan ini  membiak menggunakan
sulur permukaan tanah ,sulur bawah tanah dan menjalar.

     Antara tanaman tutup bumi yang terkenal iailah:
     2.1 Kekacang Pinthoi / Arachis pintoi
     2.2 Kekacang Calopoconium
     2.2 Ros Jepun /Wedelia sp
     2.4 Daun besi /metal leaf

Aracis Pintoi

Kekacang Calopogonium



3. RUMPUT TURF

 Rumput turf merupakan tanaman hiasan yang menghiasi halaman rumah, tepi jalan, bangunan kerajaan, padang golf dan taman bunga.
    
Terdapat pelbagai jenis rumput iaitu rumput lembu (cow grass), rumput mutiara (pearl grass), rumput Filipina (Phillipine grass) serta rumput permaidani/golf (carpet grass). Rumput jenis ini sesuai dengan iklim tempatan dan mudah hidup serta membiak jika dijaga dengan baik (siram, baja dan potong).



TANAMAN SEMUSIM







Ehsan: http://kasihalam90.blogspot.my/2012_04_01_archive.html








4.0 TANAMAN HIASAN - 4.1 MENGENAL PASTI TANAMAN HIASAN MENGIKUT KUMPULAN

TANAMAN HIASAN

Pada akhir pelajaran, pelajar akan berupaya:

4.1.1 Mengenal  12 kumpulan tanaman hiasan
4.1.2 Menamakan pokok hiasan yang dikenali
4.1.3 Menyatakan kegunaan tanaman hiasan








..........................................................................................................................
KUMPULAN TANAMAN HIASAN

Terdapat 12 kumpulan tanaman hiasan iaitu:

1. Pokok renek
2. Tanaman penutup bumi
3. Rumput turf
4. Tanaman semusim
5.  Anggerik
6. Tumbuhan Di Air ( Akuatik)
7. Tumbuhan Memanjat
8. Kaktus
9. Tumbuhan Lendair
10. Palma
11. Naungan
12. Paku Pakis

KEPENTINGAN TANAMAN HIASAN
1. Mengindahkan  sesuatu kawasan
2. Menceriakan sesuatu kawasan
3. Melengkapi flora dan fauna sesuatu kawasan.




3.0 MENANAM SAYURAN - 3.13 - MENGIRA KOS PENGELUARAN ( SUBJEK ASAS TANAMAN, PERKEBUNAN, REKA BENTUK RBT KEMAHIRAN HIDUP)


MENGIRA KOS PENGELUARAN HASIL TUAIAN

Pada akhir pelajaran, pelajar akan berupaya:

3.13.1  Menyatakan TIGA  jenis kos untuk mendapatkan KOS PENGELUARAN.
3.13.2  Menerangkan pengiraan kos tersebut
3.13.3  Mengira kos dan  membuat anggaran kos

-----------------------------------------------------------------------------------------

PENGIRAAN KOS PENGELUARAN

Terdapat 3 kos yang perlu diambil kira dalam pengiraan anggaran kos serta
menentukan untung rugi ATAU untuk mendapatkan JUMLAH KOS PENGELUARAN atau Jumlah perbelanjaan sesuatu projek.

1. Kos Bahan
    Perbelanjaan untuk membeli bahan mentah seperti benih,baja dan racun)

2. Kos Upah
    Perbelanjaan membayar upah atau gaji pekerja  mengikut bilangan pekerja, bilangan hari atau jam bekerja


    Perbelanjaan kos air, elektrik, atau minyak.

====>
                                 PPKI SMK TAMAN UNIVERSITI,JOHOR BAHRU

                                                PROJEK  TANAMAN JAGUNG


                                             PENGIRAAN KOS PENGELUARAN


   
           1. Mengira Kos Bahan

               TAMBAH semua kos bahan

                 ...............................................KOS BAHAN...................................................

                 Bahan                                       Kuantiti     Kos seunit (RM)      Jumlah (RM)
                    Benih jagung                             1 tin               40.00                   40.00
                    Baja tinja ayam                         10 beg            30.00                 300.00
                    Kapur (10 kil0)                          3 beg             22.00                   66.00
                    Racun rumput                            1 botol           50.00                   50.00
                    Racun serangga                          1 botol           35.00                   35.00

                             JUMLAH KOS BAHAN                                                  491.00

           
           2. Mengira kos upah

                KOS UPAH= Jumlah pekerja x hari x kadar bayaran sehari
     
                KOS UPAH =    2 pekerja   X 10 hari    x RM 10.00 sehari

                            JUMLAH KOS UPAH= RM 200.00

           3. Mengira Kos Overhead


              Perkara                                        Jumlah (RM)
                 Bil air                                       25.00
                 Bil elektrik                                15.00
                 Sewa jengkaut(JCB)               100.00 sehari

                            JUMLAH KOS OVERHEAD= 140.00


                JUMLAH KOS PENGELUARAN= kos bahan + kos upah + kos overhead

                                                                        =    RM 491.00 + RM 200 + RM 140.00
                JUMLAH KOS PENGELUARAN=    RM  831.00

 Oleh yang demikian, KOS PENGELUARAN bagi projek tanaman jagung ini ialah RM 831.00





3.0 MENANAM SAYURAN - 3.12 - MEMASARKAN HASIL TUAIAN

MEMASARKAN HASIL TUAIAN

Pada akhir pelajaran, murid akan berupaya:

3.12.1 Menjual hasil tuaian mengikut harga pasaran
3.12.2 Berkomunikasi dengan berkesan ketika menjual
3.12.3 Bersikap Jujur dalam aktiviti urus niaga

..................................................................................................................................

PEMASARAN HASIL TANAMAN

Dalam usaha pemasaran  hasil tanaman, kita haruslah:

i. Mengira kos pengeluaran dan upah sebelum meletak harga
ii. Menjual dengan harga yang berpatutan
iii. Sentiasa melihat perubahan harga di pasaran
iv. Mempamer harga jualan
v.  Memastikan hasil jualan dalam keadaan baik

3.0 MENANAM SAYURAN - 3.11 MENGURUS HASIL TUAIAN

MENGURUS HASIL TUAIAN

Pada akhir pelajaran, murid berupaya:
3.11.1 Menyatakan 4 ciri tempat simpanan hasil tuaian
3.11.2 Menerangkan langkah menyimpan hasil tuaian
3.11.3  Menyatakan kepentingan menggred tanaman

 --------------------------------------------------------------------------------------

PENGURUSAN HASIL TUAIAN

Hasil tuaian mempunyai pelbagai  bentuk fizikal, ketahanan cuaca dan cara menyimpan yang berbeza-beza. Bagi tanaman sayuran di tanah tinggi memerlukan tempat penyimpanan dingin
bermula selepas dituai sehingga dipasarkan. Sesetengah tanaman pula memerlukan bantuan
pembungkusan  bagi mengekalkan kesegaran seperti kangkung, sawi, bayam dan  kailan.
 Manakala sesetengah sayuran memerlukan pembersihan dan penyiangan sebelum disimpan
atau dijual seperti serai,lengkuas, temukunci,dan kentang. 


CIRI-CIRI TEMPAT SIMPANAN HASIL TUAIAN

1. Suhu yang sesuai dengn jenis sayuran
2. Tempat teduh
3. Edaran udara yang mencukupi
4. Sayuran disusun dengan kemas dan tidak berlonggok.

LANGKAH-LANGKAH PENYIMPANAN TUAIAN
1. Membersih dan menyiang (tanaman tertentu )  hasil tuaian
2. Menggred hasil tuaian
3. Menyimpan dalam bakul simpanan besar
4. Sayuran ditimbang
5. Mengepek  mengikut kesesuaian jenis sayuran

MENGRED HASIL TUAIAN
Proses menggred adalah bagi mengkelaskan tuaian mengikut :
i. saiz
ii.berat
iii. warna
iv. kualiti

Kelebihan menggred ialah hasil tuaian akan:
i.  Mempelbagai harga
ii. Meningkat nilai
iii. Memastikan kepercayaan pembeli
iv.  Memudahkan pembungkusan dan penjualan




 

Friday 17 March 2017

3.0 MENANAM SAYURAN - 3.11 MENGURUS HASIL TANAMAN

3.11 MENGURUS HASIL TANAMAN

Pada akhir pelajaran, murid akan berupaya:

3.11.1 Menyimpan hasil tuaian di tempat yang sesuai.
3.11.2 Mengamalkan prinsip kebersihan alatan, hasil tuaian dan tempat kerja.

...........................................................................................................................

MENGURUS  HASIL TANAMAN

Pengurusan hasil tanaman menentukan :
1. kualiti hasil tanaman yang dipasarkan
2. harga  yang boleh dijual
3. peningkatan permintaan pengguna
4. keuntungan hasil usaha

Memungut hasil sayuran


Memasukkan ke dalam bakul besar

Menggred mengikut saiz dan jenis

Membungkus

Menyusun untuk jualan



Aspek utama dalam proses pengurusan tuaian ialah :
a. Tempat simpanan hasil tuaian
b. Langkah menyimpan


Tempat Simpanan Hasil Tuaian

1. Suhu yang sesuai dilaraskan mengikut jenis  sayuran
2. Teduh dari sinaran matahari
3. Edaran udara yang cukup
4. Sayuran disusun dengan betul



Langkah Penyimpanan Hasil Tuaian

1. Sayuran digred dan disimpan di dalam bakul selepas dituai
2. Sayuran dicuci dengan air bersih
3. Sayuran ditimbang
4. Sayuran dipek menggunakan plastik pembungkus ,pelastik kedap udara,
    kotak atau guni ( mana - mana yang sesuai

3.0 MENANAM SAYURAN - 3.10 MENGURUS HASIL TUAIAN

3.10 MENGURUS HASIL TUAIAN

Pada akhir pelajaran, murid akan berupaya:

3.10.1 Menyenaraikan alatan untuk mengurus hasil tuaian, iaitu sekatur, pisau pemotong, bakul, kotak, dan penimbang.

3.10.2 Menyenarai bahan untuk mengurus hasil tuaian

.......................................................................................................................................................


ALAT MENUAI TANAMAN

skateur

pisau pemotong

bakul besar

bakul kecil untuk mengangkut

kotak untuk mengepek

Alat penimbnag elektronik



1. Skateur
2. Pisau pemotong
3. Bakul
4. Kotak
5. Alat penimbang

BAHAN MENGURUS DAN MENGEPEK HASIL TANAMAN

air bersih mencuci sayuran
Plastik boleh lekat dan buka

Plastik pelbagai ukuran

Plastik pembungkus



Guni jaring untuk bebawang dan berubi
 
Sealer Plastik

1. Air bersih
2. Plastik pembungkus
3. Plastik kedap udara
4. Bekas bahan guna semula
5. Sealer