Friday 31 March 2017

3.0 MENANAM SAYURAN - 3.11 MENGURUS HASIL TUAIAN

MENGURUS HASIL TUAIAN

Pada akhir pelajaran, murid berupaya:
3.11.1 Menyatakan 4 ciri tempat simpanan hasil tuaian
3.11.2 Menerangkan langkah menyimpan hasil tuaian
3.11.3  Menyatakan kepentingan menggred tanaman

 --------------------------------------------------------------------------------------

PENGURUSAN HASIL TUAIAN

Hasil tuaian mempunyai pelbagai  bentuk fizikal, ketahanan cuaca dan cara menyimpan yang berbeza-beza. Bagi tanaman sayuran di tanah tinggi memerlukan tempat penyimpanan dingin
bermula selepas dituai sehingga dipasarkan. Sesetengah tanaman pula memerlukan bantuan
pembungkusan  bagi mengekalkan kesegaran seperti kangkung, sawi, bayam dan  kailan.
 Manakala sesetengah sayuran memerlukan pembersihan dan penyiangan sebelum disimpan
atau dijual seperti serai,lengkuas, temukunci,dan kentang. 


CIRI-CIRI TEMPAT SIMPANAN HASIL TUAIAN

1. Suhu yang sesuai dengn jenis sayuran
2. Tempat teduh
3. Edaran udara yang mencukupi
4. Sayuran disusun dengan kemas dan tidak berlonggok.

LANGKAH-LANGKAH PENYIMPANAN TUAIAN
1. Membersih dan menyiang (tanaman tertentu )  hasil tuaian
2. Menggred hasil tuaian
3. Menyimpan dalam bakul simpanan besar
4. Sayuran ditimbang
5. Mengepek  mengikut kesesuaian jenis sayuran

MENGRED HASIL TUAIAN
Proses menggred adalah bagi mengkelaskan tuaian mengikut :
i. saiz
ii.berat
iii. warna
iv. kualiti

Kelebihan menggred ialah hasil tuaian akan:
i.  Mempelbagai harga
ii. Meningkat nilai
iii. Memastikan kepercayaan pembeli
iv.  Memudahkan pembungkusan dan penjualan




 

No comments:

Post a Comment