Friday 17 March 2017

3.0 MENANAM SAYURAN - 3.9 MENUAI HASIL TANAMAN

3.9 MENUAI HASIL TANAMAN

Pada akhir pelajaran, murid berupaya:

3.9.1 Menuai hasil mengikut tempoh matang tanaman.
3.9.2 Menuai hasil menggunakan kaedah yang betul.

.........................................................................................................................................
MENUAI HASIL TANAMAN

1. TEMPOH MATANG

Tempoh matang adalah tempoh antara penanaman anak benih hingga masa sesuai untuk
dituai hasilnya. Jika terlalu cepat dituai, hasil tanaman belum begitu masak dan harga rendah.
Jika terlalu tua atau terlebih tempoh, hasil tanaman mungkin keras dan kasar serta harga turut
rendah atau kemungkinan tidak boleh dijual kerana hampir busuk atau rosak.
     Oleh itu, tuaian pada masa yang sesuai tempoh matang akan akan menjamin harga yang
tinggi dan laku di pasaran.

  A. Tempoh  Memungut Hasil Sayuran


Sayur-sayuran
Tempoh mula memungut hasil
Panduan
Sawi
4 hingga 6 minggu
Cukup besar tetapi belum berbunga
Timun
4 hingga 6 minggu
Buahnya muda tetapi belum bertukar menjadi warna kekuning-kuningan
Kacang panjang
6 hingga 8 minggu
Lengai mudah di patahkan tetapi bijinya belum terbunjul keluar
Sengkuang
20 hingga 24 minggu
Daun mula menjadi kuning dan gugur.
                 Ehsan : http://yuzamri.blogspot.my/2008/05/panduan-penanaman-sayur.html


KAEDAH TUAIAN

MEMETIK SAYURAN

1. Kebanyakan sayur dipetik menggunakan tangan sahaja dengan  bersarung tangan
 
2. Pisau yang digunakan mestilah sentiasa tajam dan bersih untuk mengelakkan penyebaran virus dari satu pokok ke pokok yang lain. 
 
3. Sediakan bakul kecil bagi memuatkan kutipan sebelum dipindah ke bakul besar
 
 
 
TEKNIK TUAIAN
 
Teknik tuaian berbeza-beza antara jenis sayuran .
 
 a. Bagi sayur jenis crucifer (kubis, kailan, kubis bunga dan brokoli), batang utamanya dipotong dengan pisau tajam dan pembersihan boleh dibuat di ladang.  
 
b. Sayur daun seperti bayam dan kangkung biasanya dicabut dengan tangan.  Perlulah dipastikan supaya bahagian tangkai yang dipotong tidak menyentuh permukaan tanah. 
 
c. Sayur buah tangkai lembut yang mempunyai tangkai yang ada lapisan pemisah (kacang panjang, buncis, cili) boleh dipetik dengan cara memutuskan tangkai dengan mudah menggunakan tangan.  
 
d. Sayur buah  tangkai  liat, memetik menggunakan tangan boleh merosakkan sama ada tangkai atau buah (bendi, terung, timun, labu).  Sayur jenis ini boleh dipetik dengan cara memotong tangkai menggunakan gunting (secateurs) atau pisau.

OPERASI TUAIAN

1. Masa - Sebaik-baiknya  penuaian perlu dilakukan pada waktu yang paling sejuk, sama ada pada awal pagi atau lewat petang.  Sayuran untuk pasaran tempatan boleh dipetik pada waktu pagi.  Untuk pasaran yang jauh, penuaian lebih baik dilakukan pada waktu petang sekiranya pengangkutan yang sesuai dapat diatur untuk mengangkut sayuran ke pasaran pada waktu malam atau awal pagi keesokan harinya.  
 
2. Bekas sayuran- Bekas pengisi sayuran yang digunakan semasa penuaian mestilah mempunyai saiz yang sesuai dan boleh dibawa oleh pekerja ke seluruh ladang.  Bekas tersebut mestilah mempunyai dinding yang tidak tajam untuk mengelakkan kerosakan pada sayur.  Penggunaan bekas yang kotor atau tercemar oleh tanah, sisa tumbuhan dan sisa yang reput perlulah dielakkan.

3. Pengumpulan - Sayuran yang telah dipetik mestilah dikumpulkan di tempat yang redup sekiranya pengangkutan segera tidak dapat dilakukan.  Sayuran yang terdedah pada panas matahari akan mengalami peningkatan suhu yang menyebabkan sayur mudah rosak dan layu.  Merenjis dengan air mungkin perlu supaya sayur tidak layu.  Sayuran yang telah dipetik juga mesti dielakkan daripada tercemar degan tidak meletakkannya secara terus di tanah terutamanya tanah basah.

Ehsan: Insol Bindu -http://my-bumihijau.blogspot.my/p/pengendalian-lepas-tuai-sayur-sayuran.html


No comments:

Post a Comment