Wednesday 3 August 2016

ASAS TANAMAN 2.1.4 MENYEMAI BENIH

ASAS TANAMAN

2.1 Menyatakan pembiakan jenis tanaman

2.1.4 Menyemai benih di tapak semaian atau bekas semaian

Selepas tamat pelajaran, pelajar akan dapat:

a. Menyemai benih di bekas semaian
b. Menyemai benih di tapak semaian

..............................................................................................................................................
MENYEMAI BENIH

 1.0  Memilih benih sebelum disemai

1.1 Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak.
1.2 Biji itu dibersihkan.
1.3 Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung.
1.4 Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Ini disebabkan  biji benih tidak dapat
      disimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat

 2.0   Cara menyemai

Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk biji benih halus dan kasar.

2.1  Biji benih halus
 
Biji benih halus perlu  digaul dengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian benih : beberapa bahagian pasir halus dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih atas permukaan tanah. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan tanah peroi dan disiram. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih bercambah.
Contoh:  sawi,bayam,lobak, kubis dan lain-lain.


2.2  Biji benih kasar

a.   Sediakan medium percambahan, dan bekas semaian yang sesuai.
b.  Pilih biji benih yang bernas dengan merendamkannya di dalam air. Biji benih yang timbul
dibuang. Semai secepat mungkin dengan menggunakan teknik yang betul.
c.  Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar (true leaves) bolehlah diubah ke
dalam beg politena.

  ( Rujukan Ehsan: http://yuzamri.blogspot.my/2008/05/kaedah-pembiakan-tanaman.html)



No comments:

Post a Comment