Wednesday 3 August 2016

ASAS TANAMAN 2.1 Pembiakan secara seks


ASAS TANAMAN

2.1  PEMBIAKAN SECARA SEKS

Pada akhir pelajaran, murid akan boleh:

Menyatakan contoh tanaman yang dibiakkan secara seks.

................................................................................................................................................

2.1.1  Biji benih

Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang.

         Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih

        •Boleh menghasilkan baka-baka baru
        •Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman
        •Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok
        •Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.

         Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:

         •Matang
         •Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)
         •Berisi, segar dan bersih dari kekotoran
         •Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)
         •Bebas dari penyakit dan perosak

2.1.2    Spora
  • Tumbuhan tidak ada biji bernih dan tidak berbunga ,  perlu membiak bergantung kepada spora.
  • Spora tersembunyi dalam sporangia.Apabila spora matang asporangia akan pecah, spora akan ditiup oleh angin ke tempat lain.
  • Tumbuh tumbuhan baru akan bercambah apabila spora jatuh pada basah, gelap dan bernutrisi 
  • Contoh tanaman ini:
    •  paku-pakis
    • cendawan

No comments:

Post a Comment