Saturday 20 August 2016

ASAS TANAMAN - 2.2.6 MEMBERSIH KAWASAN KERJA

ASAS TANAMAN

Pada akhir pelajaran, murid akan dapat:
2.2.6 Membersih kawasan kerja
...............................................................................................................................

MEMBERSIH  KAWASAN KERJA

1.Membersihkan Tapak
Kawasan penanaman perlu dibersihkan daripada sisa akar, rumpai, batu dam benda lain. Benda – benda tersebut perlu dibuang kerana ia boleh mengganggu proses pertumbuhan sayuran sawi. Peralatan untuk membersihkan tapak ialah tajak, pencakar, pongkes. Kerja – kerja membersihkan kawasan penanaman perlu dilakukan seperti yang berikut:

i) Menebas semak samun
Semak samun perlu ditebas dan dibersihkan dahulu apabila penanaman sayuran sawi hendak dibuat semula. Menebas ialah memotong pokok- pokok kecil. Kerja menebas hendaklah dilakukan dengan  cermat kerana menggunakan peralatan yang tajam. Biasanya pekebun sayur akan menyembur racun rumpai yang disyorkan untuk membantu kerja pembersihan rumpai.


ii) Menajak
Menajak ialah aktiviti merumput dengan menggunakan tajak. Menajak bertujuan untuk membersihkan segala rumpai dari kawasan penanaman sayuran sawi. Menajak dilakukan setelah kerja menebas siap dilakukan. Bagi kawasan yang ditumbuhi rumpai yang tidak panjang, menajak boleh terus dilakukan tanpa menebas dahulu.


iii) Mengumpul rumput
Rumpai yang telah ditajak hendaklah dikumpulkan dan dibuang dari kawasan tapak. Pongkes boleh digunakan untuk mengangkut rumpui yang telah dikumpulkan ke tempat pembuangan.

iv) Membuang sampah dan sisa akar
Kawasan atau tapak penanaman perlu bersih daripada unsur-unsur yang tidak dikehendaki seperti kayu, akar pokok, tunggul atau batu. Kerja membuang sampah dan sisa akar ini dilakukan sebelum dan ketika menggembur tanah. Segelintir pekebun sayur membakar tunggul dan akar kayu yang telah dikumpulkan.

2) Menggemburkan tanah
Selepas membersihkan tanah, kerja menggemburkan tanah boleh dilakukan dengan menggunakan cangkul, serampang dan mesin pembajak kecil. Kerja menggembur tanah dilakukan untuk mengurangkan kepadatan tanah dan memecahkan tanah. Menggembur tanah juga dilakukan untuk membaiki pengudaraan tanah dan penyerapan air di dalam tanah. Setelah tanah digembur atau dicangkul, maka ia perlu diratakan. Tanah yang telah digembur hendaklah dibiarkan selama seminggu sebelum ditanam. Hal ini untuk mendedahkannya kepada cahaya matahari. Pancaran cahaya matahari yang terik akan menghapuskan organism tanah yang boleh merosakan sayuran sawi.

Menabur kapur (pengapuran)
Pengapuran dilakukan bertujuan untuk mengurangkan kemasaman tanah supaya sesuai bagi tanaman sayuran sawi. Kapur hendaklah ditabur dan digaul ke dalam tanah selama satu hingga dua minggu sebelum penanaman dilakukan untuk mengurangkan keasidan tanah. Gunakan cangkul untuk menggaul tanah. Biarkan tanah terdedah selama seminggu.

3) Membina batas
Batas boleh dibina setelah tanah digemburkan. Pembinaan batas bertujuan untuk mengelakkan air bertakung dan membaiki pengudaraan di dalam tanah. Pembinaan batas juga dilakukan untuk memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram, membaja serta mengawal perosak. Ukuran batas yang hendak dibina pula mengikut jenis sayuran yang ditanam. Jarak yang biasa digunakan bagi satu batas ke batas lain adalah 45cm – 100cm. Tinggi pula 120 cm dan lebarnya 15cm – 20cm. Batas yang hendak dibina mengikut langkah seperti ini:-

4) Membubuh baja asas dan meletakkan sungkupan
Membubuh baja asas ialah menabur baja pada batas dan menggaulkannya ke dalam tanah. Membubuh baja asas juga dikenali sebagai pembajaan awal. Tujuannya adalah untuk menambahkan kandungan nutrien di dalam tanah. Pembajaan awal biasa menggunakan baja asas atau baja kompos. Baja organik yang biasa digunakan ialah najis ayam, najis kambing dan najis lembu. Manakala baja kompos pula adalah baja yang dibuat dari bahan-bahan organik yang telah mengalami proses pereputan.
Cara membubuh baja asas adalah:
a)   Taburkan baja organik di atas batas yang telah dibina.
b)   Gaulkan baja ke dalam tanah sehingga rata menggunakan cangkul.
 5) Meletakkan sungkupan
Sungkupan bermaksud bahan yang menutup permukaan tanah daripada cahaya matahari yang berlebihan untuk mengelakkan timpaan hujan secara terus. Sungkupan daripada bahan organik seperti kompos, jerami padi, rumput kering dan daun kelapa dapat membekalkan nutrient serta memperbaiki stuktur tanah apabila reput. Manakala sungkupan daripada bahan sintetik pula seperti plastik bersinar dapat membalikkan cahaya pada pokok. Ia  dapat mengawal serangga perosak. Ketebalan sungkupan biasanya lebih kurang 1 – 2cm.



Ehsan dari WordPress: http://jtppismp.com/jtpwp005/5742rbt3/?page_id=73

Wednesday 3 August 2016

ASAS TANAMAN 2.0 PEMBIAKAN TANAMAN -2.2.5 Menyiram dan memberi teduhan

ASAS TANAMAN

 
2.0  PEMBIAKAN TANAMAN

2.2.5 Menyiram dan memberi teduhan

Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat:
  • Menyiram menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai
  • Memberikan teduhan kepada anak benih dan pokok mengikut kesesuaian  ............................................................................................................... 

2.2.5     A)  MENYIRAM TANAMAN


     i. Pilih kaedah menyiram yang sesuai sama ada:
            a.  Penyiram tradisional -kawasan kecil,keliling rumah, pasu kecil
            b.  Pengairan titis(fertigasi)  - kawasan kecil dan sederhana
            c.  Penyiraman sebaran - kawasan yang luas
     ii. Siram pokok mengikut keperluan pokok
            Contoh: Sayuran memerlukan air yang banyak dan kerap berbanding
             anak benih buah-buahan
    iii. Waktu menyiram
            a. Siram pada awal pagi dan akhir petang
            b. Elakkan siram pokok pada waktu tengah hari.

2.2.5  B) MEMBERI TEDUHAN
       
      i.   Jaring plastik bawang - meletakkan anak pokok 1-2 minggu sebelum dipindah
                                                 ke tapak semaian.
      ii.  Atap  lutsinar              - sesuai untuk tanaman hidroponik dan fertigasi
      iii. Meletakkan anak pokok di bawah pohon besar atau kanvas/atap


     

ASAS TANAMAN 2.1.4 MENYEMAI BENIH

ASAS TANAMAN

2.1 Menyatakan pembiakan jenis tanaman

2.1.4 Menyemai benih di tapak semaian atau bekas semaian

Selepas tamat pelajaran, pelajar akan dapat:

a. Menyemai benih di bekas semaian
b. Menyemai benih di tapak semaian

..............................................................................................................................................
MENYEMAI BENIH

 1.0  Memilih benih sebelum disemai

1.1 Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak.
1.2 Biji itu dibersihkan.
1.3 Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung.
1.4 Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Ini disebabkan  biji benih tidak dapat
      disimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat

 2.0   Cara menyemai

Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk biji benih halus dan kasar.

2.1  Biji benih halus
 
Biji benih halus perlu  digaul dengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian benih : beberapa bahagian pasir halus dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih atas permukaan tanah. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan tanah peroi dan disiram. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih bercambah.
Contoh:  sawi,bayam,lobak, kubis dan lain-lain.


2.2  Biji benih kasar

a.   Sediakan medium percambahan, dan bekas semaian yang sesuai.
b.  Pilih biji benih yang bernas dengan merendamkannya di dalam air. Biji benih yang timbul
dibuang. Semai secepat mungkin dengan menggunakan teknik yang betul.
c.  Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar (true leaves) bolehlah diubah ke
dalam beg politena.

  ( Rujukan Ehsan: http://yuzamri.blogspot.my/2008/05/kaedah-pembiakan-tanaman.html)



ASAS TANAMAN 2.1 Pembiakan secara seks


ASAS TANAMAN

2.1  PEMBIAKAN SECARA SEKS

Pada akhir pelajaran, murid akan boleh:

Menyatakan contoh tanaman yang dibiakkan secara seks.

................................................................................................................................................

2.1.1  Biji benih

Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang.

         Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih

        •Boleh menghasilkan baka-baka baru
        •Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman
        •Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok
        •Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.

         Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:

         •Matang
         •Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)
         •Berisi, segar dan bersih dari kekotoran
         •Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)
         •Bebas dari penyakit dan perosak

2.1.2    Spora

         Mencantumkan sel jantan dan sel betina
..................................................................................................................................
Gambar: Pembiakan Melalui Biji Benih




..................................................................................................................................
Gambar: Pembiakan Melalui Spora


 

ASAS TANAMAN 2.1 Pembiakan secara seks


ASAS TANAMAN

2.1  PEMBIAKAN SECARA SEKS

Pada akhir pelajaran, murid akan boleh:

Menyatakan contoh tanaman yang dibiakkan secara seks.

................................................................................................................................................

2.1.1  Biji benih

Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang.

         Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih

        •Boleh menghasilkan baka-baka baru
        •Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman
        •Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok
        •Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.

         Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:

         •Matang
         •Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)
         •Berisi, segar dan bersih dari kekotoran
         •Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)
         •Bebas dari penyakit dan perosak

2.1.2    Spora
  • Tumbuhan tidak ada biji bernih dan tidak berbunga ,  perlu membiak bergantung kepada spora.
  • Spora tersembunyi dalam sporangia.Apabila spora matang asporangia akan pecah, spora akan ditiup oleh angin ke tempat lain.
  • Tumbuh tumbuhan baru akan bercambah apabila spora jatuh pada basah, gelap dan bernutrisi 
  • Contoh tanaman ini:
    •  paku-pakis
    • cendawan

ASAS TANAMAN -2.0 PEMBIAKAN BENIH TANAMAN

ASAS TANAMAN

2.0  - PEMBIAKAN BENIH TANAMAN

Murid berupaya:

2.1 Menyatakan jenis pembiakan tanaman.

......................................................................................................................................................
PEMBIAKAN

Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara :
1. Seks
2. Aseks

 1.0      Pembiakan secara seks adalah seperti pembiakan semula jadi  hasil pertemuan 
            gamet (sel)  jantan    dan gamet betina  iaitu melalui:

            1.1  Biji benih
           
             Contoh: durian, kekacang, manggis, bendi dan sebaginya

 2.0       Pembiakan secara aseks pula ialah:

            2.1 Daun  - pokok ati-ati

            2.2  Tunas - Contoh : durian kahwin,rambutan kahwin ,duku langsat, sukun

            2.3  Batang Contoh: bunga kertas, bunga anggerik, bunga ros

           

  




ASAS TANAMAN- 1.3 Mengenalpasti PELUANG pekerjaan di bidang pertanian

ASAS TANAMAN

1.3-Mengenal pasti peluang pekerjaan dalam bidang pertanian
   
       Terdapat pelbagai peluang pekerjaan dalam bidang pertanian sama ada dalam bidang utama
       mahupun dalam bidang-bidang berasaskan pertanian.
 
      Tanaman      
          Kebun Kecil
           i.  Petani- berkebun sendiri atau mengusahakan tanah pajakan
          ii.  Peraih- membeli hasil kebun kecil dan menjual kepada pemborong
          iii  Penjual di pasar tani,pasar malam atau pasar minggu

       Ladang
          i. .  Pekerja ladang
          ii..  Pekerja kilang produk pertanian
          iii.  Pengurus ladang
          iv.   Penoreh
          v.    
      

      Ternakan
          i.    Penternak haiwan ternakan
          ii.   Pekerja ladang ternakan
         iii.   Doktor veterinar