Monday 12 September 2016

3.0 MENANAM SAYURAN 3.5 Menyemai biji benih sayuran

MENANAM SAYURAN

 3.5 MENYEMAI BIJI BENIH SAYURAN


Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat:

3.5.1 Menyemai biji benih mengikut prosedur.
3.5.2 Melabel pada batas tanaman dengan menulis
......................................................................................................................

Prosedur menyemai biji benih sayuran

A.  Menyemai biji benih sayuran di bekas semaian 
B. Semaian terus biji benih  sayuran ke lokasi tanaman

A.  Menyemai biji benih sayuran di bekas semaian 

1. Pilih biji benih yang sesuai
               Benih yang memerlukan semaian di bekas semaian sebelum dipindahkan
               ialah biji benih halus dan kecil seperti:
               terung, cili, tomato,sawi, kailan, bayam, dan sebagainya.
              

2. Pemilihan bekas semaian
                a.            Pilih bekas semaian yang mempunyai  kedalaman  1 hingga 2 inci
                b.            Mempunyai lubang saliran  dan pengaliran yang cepat
                c.             Sebelum memasukkan  tanah ke bekas semaian, campurkan tanah
                                dengan medium lain  sebaiknya menggunakan air  suam.
                d.            Isi bekas semaian dengan meninggalkan ¼ inci di ruang atas lubang.
bekas semaian

semaian benih menggunakan kapas kayu


3. Pemindahan anak benih ke tanah
                a.            Pilih anak benih yang telah mengeluarkan daun sebenar
                               (Ini bermaksud anak benih yang telah mempunyai 3/4 daun yang
                                besar dan lengkap menandakan akar pokok sudah kuat .Jika
                               dibiarkan lama akan menyebabkan akar serabut terhasil dan 
                               menyukarkan proses pemindahan. 
                b.            Siram satu jam sebelum dipindahkan bagi membolehkan 
                               proses penyerapan air berlaku.
                c.            Redup- Pastikan anak benih yang dipindahkan ke lokasi
                               tanaman dilindungi cahaya seperti melekkan sungkupan 
                               atau teduhan. Jika dipindahkan ke pasu, letakkalah pasu
                               ke tempat yang redup dahulu.
                d.            Baja - sediakan baju lebih kurang 1 sudu baja NPK di dalam
                               lubang atau baja organik untuk mempercepatkan pertumbuhan
                               pokok.
                e.            Siram-  selepas pemindahan pokok agar proses penyerapan
                               air oleh akar berterusan.

B. Semaian terus biji benih sayuran   ke lokasi tanaman

    1.  Terdapat dua kaedah berbeza bagi biji benih halus dan kecil dengan biji benih
         kasar /besar.
                a.    Biji benih kasar atau besar ialah seperti kangkung,   labu, bendi, kacang botor,
                      kacang  panjang 
                b.    Biji benih kecil halus seperti sawi, bayam, kailan dan timun.
 
    2. Semaian terus biji benih besar

  • Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu.
  • Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi :
  • Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan
  • Tanam sebiji atau dua biji selubang
  • Selepas bercambah, lakukan penjarangan

   3. Semaian terus benih kecil
       Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, 
       terung  dan lain-lain uga boleh terus ke batas seperti berikut:

  • Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu
  • Tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.
  • Beri perlindungan (sungkupan) dan air.
  • Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

           
Membuat lubang di batas tanaman

Memasang litupan plastik  untuk mengawal rumput
tanaman kacang panjang renek yangtelah dijarakkan.

No comments:

Post a Comment