Monday 12 September 2016

3.0 MENANAM SAYURAN 3.5 Menyemai biji benih sayuran

MENANAM SAYURAN

 3.5 MENYEMAI BIJI BENIH SAYURAN


Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat:

3.5.1 Menyemai biji benih mengikut prosedur.
3.5.2 Melabel pada batas tanaman dengan menulis
......................................................................................................................

Prosedur menyemai biji benih sayuran

A.  Menyemai biji benih sayuran di bekas semaian 
B. Semaian terus biji benih  sayuran ke lokasi tanaman

A.  Menyemai biji benih sayuran di bekas semaian 

1. Pilih biji benih yang sesuai
               Benih yang memerlukan semaian di bekas semaian sebelum dipindahkan
               ialah biji benih halus dan kecil seperti:
               terung, cili, tomato,sawi, kailan, bayam, dan sebagainya.
              

2. Pemilihan bekas semaian
                a.            Pilih bekas semaian yang mempunyai  kedalaman  1 hingga 2 inci
                b.            Mempunyai lubang saliran  dan pengaliran yang cepat
                c.             Sebelum memasukkan  tanah ke bekas semaian, campurkan tanah
                                dengan medium lain  sebaiknya menggunakan air  suam.
                d.            Isi bekas semaian dengan meninggalkan ¼ inci di ruang atas lubang.
bekas semaian

semaian benih menggunakan kapas kayu


3. Pemindahan anak benih ke tanah
                a.            Pilih anak benih yang telah mengeluarkan daun sebenar
                               (Ini bermaksud anak benih yang telah mempunyai 3/4 daun yang
                                besar dan lengkap menandakan akar pokok sudah kuat .Jika
                               dibiarkan lama akan menyebabkan akar serabut terhasil dan 
                               menyukarkan proses pemindahan. 
                b.            Siram satu jam sebelum dipindahkan bagi membolehkan 
                               proses penyerapan air berlaku.
                c.            Redup- Pastikan anak benih yang dipindahkan ke lokasi
                               tanaman dilindungi cahaya seperti melekkan sungkupan 
                               atau teduhan. Jika dipindahkan ke pasu, letakkalah pasu
                               ke tempat yang redup dahulu.
                d.            Baja - sediakan baju lebih kurang 1 sudu baja NPK di dalam
                               lubang atau baja organik untuk mempercepatkan pertumbuhan
                               pokok.
                e.            Siram-  selepas pemindahan pokok agar proses penyerapan
                               air oleh akar berterusan.

B. Semaian terus biji benih sayuran   ke lokasi tanaman

    1.  Terdapat dua kaedah berbeza bagi biji benih halus dan kecil dengan biji benih
         kasar /besar.
                a.    Biji benih kasar atau besar ialah seperti kangkung,   labu, bendi, kacang botor,
                      kacang  panjang 
                b.    Biji benih kecil halus seperti sawi, bayam, kailan dan timun.
 
    2. Semaian terus biji benih besar

  • Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu.
  • Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi :
  • Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan
  • Tanam sebiji atau dua biji selubang
  • Selepas bercambah, lakukan penjarangan

   3. Semaian terus benih kecil
       Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, 
       terung  dan lain-lain uga boleh terus ke batas seperti berikut:

  • Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu
  • Tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.
  • Beri perlindungan (sungkupan) dan air.
  • Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

           
Membuat lubang di batas tanaman

Memasang litupan plastik  untuk mengawal rumput
tanaman kacang panjang renek yangtelah dijarakkan.

Tuesday 6 September 2016

3.0 MENANAM SAYURAN 3.4.2 Menyenaraikan bahan untuk semaian

MENYEDIAKAN BENIH SEMAIAN

3.4.2 Menyenaraikan bahan untuk semaian iaitu pasir
sungai, biji benih dan hormon penggalak percambahan.

...........................................................................................................................

BAHAN UNTUK SEMAIAN

Bahan-bahan untuk membuat semaian ialah:

1. Benih -  sama ada dalam bentuk biji benih, keratan, organ dan sebagainya

2. Medium semaian - seperti pasir sungai, tanah loam, tanah organik

3. Hormon pengggalak akar dan baja

..............................................................................................................................

BENIH





 MEDIUM SEMAIAN

 

bahan organik,tanah lom dan pasir sungai


HORMON PENGGALAK AKAR 

jenis serbuk

jenos cecair

3.0 MENANAM SAYURAN 3.4 Mengenal pasti alatan dan bahan untuk menyemai biji benih.


MENYEMAI BIJI BENIH

3.4 Mengenal pasti alatan dan bahan untuk menyemai biji benih

      3.4.1      Menyenaraikan alatan untuk menyemai iaitu tray semaian,
                    sudip tangan dan penyiram.
      3.4.2      Menyenaraikan bahan untuk semaian iaitu pasir
                    sungai, biji benih dan hormon penggalak percambahan.

Pada akhir pelajaran, murid akan berupaya:

 - Menyenarai alatan menyemai
 - Menyenarai bahan untuk menyemai

..................................................................................................................................

Alatan Untuk Menyemai

tray semaian
tray semaian bulat

Polibeg dan pasu untuk semaian

span untuk semaian   

Monday 5 September 2016

3.0 MENANAM SAYUR-SAYURAN 3.3 Menyediakan batas tanaman

3.0 MENANAM SAYUR-SAYURAN 

3.3 MENYEDIAKAN BATAS TANAMAN

      3.3.1 Membersihkan kawasan dengan menggunakan alatan yang betul.
      3.3.2 Mengukur menggunakan pita ukur dan menanda kawasan dengan kayu pancang.
      3.3.3 Menggembur tanah dengan alatan yang betul.
      3.3.4 Membina batas tanaman berukuran antara 15 cm-20 cm tinggi,
         60 cm-90 cm lebar dan sekurang- sekurangnya 180 cm panjang.
      3.3.5 Menggaul tanah dengan bahan organik

..............................................................................................................................
Murid PPKI SMK Layang-layang Membina Batas

Batas yang telah disediakan



MENYEDIAKAN BATAS TANAMAN 3.2.2 Menyenaraikan bahan untuk menyediakan batas tanaman iaitu bahan organik dan kapur.

3.2.2 Menyenaraikan bahan untuk menyediakan batas tanaman iaitu bahan organik dan kapur.


Sunday 4 September 2016

3.0 MENANAM SAYUR-SAYURAN 3.1 Mengenal pasti jenis-jenis sayuran

3.0 MENANAM SAYUR-SAYURAN

3.1.1 Menyatakan jenis-jenis sayuran iaitu sayuran jenis daun, buah, kekacang dan umbisi.
3.1.2 Menyatakan contoh-contoh sayuran mengikut jenis daun, buah, kekacang dan umbisi.



Pada akhir pelajaran, murid berupaya:

- Menyatakan jenis sayuran
- Menamakan  sayuran mengikut jenis

..............................................................................................................................

JENIS SAYURAN

1.  Sayuran berdaun
2.  Sayuran berbentuk buah
3. Sayuran  jenis kekacang
4. Sayuran jenis umbisi
....................................................................................................................................

1. Sayuran berdaun

paku pakis

salad

sawi jepun

bayam
2. Sayuran jenis buah







2. Sayuran jenis kekacang



4. Sayuran jenis umbisi






\



PEMBIAKAN SECARA ORGAN

PEMBIAKAN SECARA ORGAN

Pokok Cincau Hitam
Pegaga 
Abacca dan Pisang membiak melalui umbisi
Kucai melalui bebawang

Pembiakan melalui rizom seperti kunyit



Selain keratan cantuman dan tut, pembiakan anak benih secara asseks boleh dilakukan menggunakan organ tumbuhan  seperti rayapan, sulur, umbisi, bebawang, rizom, tuber dan akar tuber.


a.Rayapan (stolon) – batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara
mendatar di atas permukaan tanah. Contoh: Episcia dan chlorophythum.

b. Sulur - Anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk.
    Contoh: Pisang kipas (Ravenala), Keladi

c.Umbisi
   Contoh: pisang, abacca

d.Bebawang (leaf scale)
   Contoh : bawang,kucai

e.Rizom - batang yang menjalar di bawah permukaan tanah.
   Contoh : halia, bunga tasbih, iris, rumput, kunyit

f.Tuber
   Contoh: kentang, keladi

g.Akar Tuber - Akar yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat pada jemala akar.
Contoh: dahlia, keledek, gloriosa

MEMBIAKKAN TANAMAN SECARA ASSEKS - KAEDAH TUT DAN ORGAN TUMBUHAN

KAEDAH PEMBIAKAN SECARA ASEKS

KAEDAH TUT




2.O MEMBIAKKAN TANAMAN 2.3 Menyemai tanaman secara aseks.

MEMBIAKKAN TANAMAN

2.3 Membiakkan tanaman secara aseks

2.3.1 Menyenaraikan pembiakan secara aseks iaitu keratan, cantuman, tut, dan organ tumbuhan.


Pada akhir pelajaran, murid akan berupaya:
-menyenarai pembiakan secara aseks

...........................................................................................................................

Pembiakan tanaman boleh dilakukan dengan dua cara iaitu pembiakan :
i. secara seks
ii. secara aseks

Pembiakan secara seks bermaksud pembiakan menggunakan biji benih

Pembiakan secara asek merupakan pembiakan menggunakan bahagian tumbuhan

PEMBIAKAN SECARA ASEKS

Antara cara-cara pembiakan melalui aseks ialah:

i. keratan
ii. cantuman
iii. tut
iv. organ tumbuhan

 .........................................................................................................................

PEMBIAKAN JENIS KERATAN


Keratan Pokok Tin

Keratan Rasberi



CANTUMAN

Cantuman baji

Cantuman Klon

.......................................................................................................................

Pinjaman dari Blog SIAKAP KELI

CARA MENANAM JAMBU AIR TANPA BIJI (MENGGUNAKAN KERATAN)

Bahan-bahan yang perlu adalah

1. Gunting dan pisau yang tajam


2. Span dipotong berbentuk dadu seperti dibawah


3. Tray semaian ( Boleh dibeli atau dibuat sendiri)


4. Baja hidroponik jenis serbuk dan cecair


5. Campuran sekam bakar dan baja cocopeat( Sabut kelapa yang sudah dihancurkan) dengan nisbah 2:1


Berikut adalah langkah-langkah untuk proses semaian.

1. Gunakan gunting untuk mengambil pucuk pokok dan potongan seperti dibawah. Jika pucuk berkenaan diambil dari tempat yang jauh pastikan ia sentiasa lembab dan tidak kering.




2. Isikan air sebanyak 4 liter ke dalam bekas dan masukkan baja hidroponik jenis cecair sebanyak 40cc/4 liter air.
3. Kemudian rendamkan seketika pucuk berkenaan di dalam air.


4. Selepas itu celup hujung pangkal pucuk tadi ke dalam baja hidroponik jenis serbuk dan cucukkan kepada span.



5. Letak pucuk semaian tadi ke dalam bekas semaiaan dengan air baja untuk rendam pucuk tadi dituang ke dalam lubang tray untuk diresap oleh span. Biarkan sehingga tumbuh akar(Pastikan air tidak kering)


6. Biarkan selama beberapa hari hingga akar tumbuh seperti dibawah.



7. Apabila akar sudah tumbuh, anda sudah boleh tanggalkan span tadi, pindahkan benih berkenaan ke dalam pasu kecil yang berisi campuran sekam dan cocopeat. Biarkan selama seminggu. Siram dua kali sehari.




8.  Selepas seminggu anda sudah boleh pindahkan anak pokok tadi ke dalam pasu lebih besar atau polybag.

Tips: Tanah yang terbaik adalah tanah lembab yang diambil dari kedalaman 1 meter.

Gambar 1. Selepas benih dipindahkan
Gamabr 2. Tanaman sedang membasar
Gamabr 3. Anak pokok tumbuh dengan sihat





9. Apabila anak pokok sudah membesar anda bolehlah menanamnya di tempat terbuka. Hasilnya sudah pasti amat menakjubkan kerana cara tanaman yang dikongsikan ini adalah cara tanaman pokok jambu yang paling berkesan untuk menghasilkan benih yang terbaik. - Siakapkeli.my